Thursday, January 27, 2011

"Al-Fatihah"

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Ain (Children department–mse keje kat MPH dulu (thn 2009)) kerana beliau telah kembali ke rahmatullah… Moga rohnya dicucuri rahmat dan berkat hendaknye…

Al-Fatihah…

Dia diserang penyakit Tibi dan dapat tau pada saat2 akhir..n ketika tu jugak doktor x dapat nk selamatkan dia…sbb mase tu dh tahap kronik sgt2…

Kite dapat tau dari Kak Aisha yang penah keje gak ngn kitorang mse kat MPH dulu…dia bagitau yang Ain dh xde..minggu lepas katenye…Arwah pergi..

Sgt2 terkejut n tak sangka yang dia (Ain) pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Saat2 perkenalan kitorang dulu, orangnye sgt lembut bila bertutur n sgt menghormati orang lain. Kecik je orang dia…cute2 gitu..tapi apekan daya, kite manusia biase…kite merancang, dan hanya Allah sje yg tentukan nasib setiap insan..


Korang tau tak penyakit tibi tu ape??...

Kite penah dengar..tapi x tau sgt la…so, kite ape agi…pi la search kat Google…

TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

Bagaimana TIBI Merebak ?

Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-Tanda TIBI

• Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
• Kahak yang mungkin mengandungi darah
• Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
• Susut berat badan dan hlang selera makan
• Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
• Mudah menjadi letih

Cara Mengesan Penyakit TIBI

Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-
a. mendapatkan pemeriksaan doktor
b. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
c. menjalani pemeriksaan x-ray dada

Rawatan

Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.
• 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
• 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu

Pencegahan

• Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
• Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
• Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan


Ambik dari http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/penyakit_tibi.htm

No comments: