Thursday, January 27, 2011

"Al-Fatihah"

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Ain (Children department–mse keje kat MPH dulu (thn 2009)) kerana beliau telah kembali ke rahmatullah… Moga rohnya dicucuri rahmat dan berkat hendaknye…

Al-Fatihah…

Dia diserang penyakit Tibi dan dapat tau pada saat2 akhir..n ketika tu jugak doktor x dapat nk selamatkan dia…sbb mase tu dh tahap kronik sgt2…

Kite dapat tau dari Kak Aisha yang penah keje gak ngn kitorang mse kat MPH dulu…dia bagitau yang Ain dh xde..minggu lepas katenye…Arwah pergi..

Sgt2 terkejut n tak sangka yang dia (Ain) pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Saat2 perkenalan kitorang dulu, orangnye sgt lembut bila bertutur n sgt menghormati orang lain. Kecik je orang dia…cute2 gitu..tapi apekan daya, kite manusia biase…kite merancang, dan hanya Allah sje yg tentukan nasib setiap insan..


Korang tau tak penyakit tibi tu ape??...

Kite penah dengar..tapi x tau sgt la…so, kite ape agi…pi la search kat Google…

TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

Bagaimana TIBI Merebak ?

Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-Tanda TIBI

• Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
• Kahak yang mungkin mengandungi darah
• Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
• Susut berat badan dan hlang selera makan
• Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
• Mudah menjadi letih

Cara Mengesan Penyakit TIBI

Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-
a. mendapatkan pemeriksaan doktor
b. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
c. menjalani pemeriksaan x-ray dada

Rawatan

Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.
• 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
• 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu

Pencegahan

• Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
• Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
• Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan


Ambik dari http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/penyakit_tibi.htm

Tuesday, January 25, 2011

Cinta yang Makin Pudar

Kite ade terbaca satu kisah ni dalam internet...tajuk dia "Cinta yang Makin Pudar"...best cite dia..Nak korang bace sekali....hehehe....

Alkisahnya begini:::
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidak mampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya,nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya?Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;

Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.


Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkanAbang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hatisaya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintuu ntuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warnabunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana,Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mataAbang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadikabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal dirumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati,sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, danAbang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun.

Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintudengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


Sangat sayuuuusss!!!!...kan korang...

Tuesday, January 4, 2011

1.1.2011

Adikku yang bongsu, Ainul Azmila @ Ami mendaftar masuk sekolah asrama dia. Tahun ni dia Tingkatan 3. Wah! Dah besar adik kite yang sorang ni…PMR lak tu tahun ni..huhu…ok, let start..Pendaftaran bermula pukul 11.00pg hingga 4.00ptg..Tapi cm biase la kitorang, akan pegi awal..pukul 9.00pg dah bertolak dari umah..sampai kat sana dalam kul 10.30pg…Nasib baik x ramai orang lagi..so senang la nak parking..Macam tahun lepas gak (prosedur pendaftaran), kitorang trus ke Dewan Sekolah…sampai je kat sana, terus terpandang satu banner ni..cute sgt..rasenye budak2 skolah ni yang lukis..kite ape agi, ambik la gambar…


Banner


...Dua adik kite bergambr ngn banner ni...

Tahun ni boleh kata senang la nk daftar masuk adik kite..xyh nak bratur pjg2 kat koperasi beli baju sukan,buku …suma dah tersedia mase daftar kat dewan…klau cm tahun lepas, kata je pukul 11 pg mula tp tgk x mula2 pn..baru terhegeh-hegeh nak susun meja, board nama pelajar, sumalah…sampai ade parents yang dh bising2, budak menangis2..serabut la mase tu…lega la suma ok pendaftaran tahun ni…Keep Up the Good Job ok pelajar2 yang terlibat…hehe..

Dah ok suma..pi lak kat Kantin,ambik kunci asrama..Beg2 suma kena bawak skali sbb kena check.. cm kat imigresen lak rase..budak2 ni kata..check sbb nk pastikan yang suma barang dibawa..cadar,selimut, suar sukan,tudung…cmtu la…Adik dapat Dorm yang sama cm tahun lepas..kat tingkat 2..katil je yg lain…penat gak la angkut barang2 dia ni..byk sgt..sampai 2,3 kali naik turun tangga..Fuhh…Exercise2…Kurus…kurus…Dah kemas barang suma kat dalam loker dalam kul 1.30ptg...kitorang pi makan (kat luar sekolah la)…Adik kite boleh kuar smpai kul 5.00ptg…Kitorang makan kat Food Court kt Tesco Kuala Selangor…carik barang2 sikit kat situ pastu hantar dia…
Mase n hantar balik tu jalan jem kat dalam kawasan sekolah...Rase lega sgt kitorang datang awal..klau datang petang..mesti sakit pala tgk..Disebabkan sesak sgt,terpakse la drop dia jauh sikit...kesian lak kena jalan jauh..tp nk wat cmne kn…terpakse…klau masuk gak..tah kul bape boleh kuar balik..

Takpe la kn…blaja rajin2 wahai adikku yang sorang ni…tinggal dia je yang sekolah…akak2 dia suma dh abis sekolah...


Kite ngn adik bongsu, Ami